MAA Takaful Menang Anugerah Produk Takaful Cemerlang -KLIFF 2010.


Most Outstanding Takaful Product


MAA Takaful - MAA Takafulink

MAA Takaful’s most outstanding product, Takafulink is more than just insurance coverage. It is a complete and ideal takaful solution to Malaysians who wish to be protected under a shariah compliance insurance provider that also allows you to enjoy an upside potential underlying investment. Launched in July 2007, MAA Takafulink was designed with the spirit of 1 Malaysia at heart because it offers a wide comprehensive range of supplementary benefi ts for everyone depending on their age and gender. Among the benefi ts are critical illnesses cover, personal accident, hospital and surgical benefi ts, specifi c woman diseases coverage, khairat kematian and many more.

for more detail: 
http://www.kliff.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=170:kliff-islamic-finance-awards-2010-the-winner&catid=15:award&Itemid=3

JAKIM PERLU PERKENAL LOGO HARAM

http://episodeperjuangan.blogspot.com/


1. Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan ummat Islam . Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

2. Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap ummat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab .

3. Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM , pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan ummat Islam .
4. Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal , saya kira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo Haram untuk menjauhkan masyarakat ummat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram .
5. Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang memadai untuk membuat pemantauan yang serius.

6. Saya jangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo Haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut , peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil . Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo Haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.

7. Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo Haram .

8. Jika logo Haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran .

9. Risiko pemalsuan logo Haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal . Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna .

10. Kaedah Islam , asal sesuatu perkara [ produk ] ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram . Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Isu Kewangan Islam & Wahabi :
Elakkan Sikap Yang Merosak Diri



Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


Apabila ramai orang ingin bercakap berkenaan sesuatu perkara yang tidak dimahirinya, kegelinciran kata dan pandangan kerap berlaku. Namun itulah lumrah kehidupan ini, tidak mampu semua manusia menjadi ‘alim dan berilmu lagi mengetahui. Atas sebab itu juga, Allah ciptakan manusia berbeza-beza, ada yang kurang bijak, ada yang bijak dan pandai. Ada yang berkemampuan memahami dalam suatu bidang, tetapi tidak yang lain walau mempunyai aqal yang cerdas. Semua memerlukan antara satu sama lain.

Dalam ketika kita mengakui hakikat itu, menurut penilaian dan pemerhatian saya, ada beberapa perkara yang orang awam tidak boleh atau tidak sesuai untuk campur tangan dalam perbincangan antara pakar. Ada yang berkait ilmu agama, gabungan ilmu sains dan agama dan ilmu sains.

Menurut pengalaman saya, dari senarai panjang isu yang ditanyakan, terdapat dua isu atau cabang ilmu yang paling sukar untuk diperjelas. Ia disebabkan ‘nature' ilmu tersebut yang terlalu banyak berkait dengan yang lain.

SIAPA ORANG AWAM?

Orang awam yang saya ingin maksudkan dalam konteks artikel ini adalah sesiapa juga yang mempunyai basic ilmu yang sangat terhad dalam sesuatu perkara ilmu yang ingin dicakapkan.

Ahli sains yang mewaqafkan dirinya kepada kajian mendalam dan teknikal sains tanpa berkesempatan mempelajari ilmu agama secara mendalam, adalah ‘Orang Awam' apabila dia membaca dan bercakap berkenaan hal ehwal hukum dan ilmu agama Islam. Kecuali jika mereka telah memperuntukkan masa untuk mempelajari dan memahami ilmu tersebut secara betul, berguru dan disahkan. Namun ‘betul' terhadap basic ilmu tidak semestinya mendalam sehingga mampu menetapkan keputusan yang tepat, juga belum melayakannya untuk menyelesaikan isu rumit dan advance dalam cabang ilmu terbabit.
Ahli agama yang setiap hari ‘tenggelam' dalam kefahaman ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab huraiannya adalah ‘Orang AWAM' apabila perkara yang ingin difikir dan disentuh berkait perihal ilmu Sains, matematik dan perakaunan, ekonomi, kewangan dan sebagainya. Kecuali jika mereka telah memperuntukkan masa untuk mempelajari dan memahami ilmu tersebut secara betul, berguru dan disahkan. Namun ‘betul' terhadap basic ilmu tidak semestinya mendalam sehingga mampu menetapkan keputusan yang tepat, juga belum melayakannya untuk menyelesaikan isu rumit dan advance dalam cabang ilmu terbabit.

Hal yang sama terpakai bagi semua individu dari mana-mana aliran pengkhususan, sama ada ahli bahasa, sastera, kejuruteraan, perubatan, hadis, tafsir, fiqh dan sebagainya. Semua secara dasarnya mempunyai autoriti untuk menyuarakan kritikan dan penjelasan dalam bidang masing-masing namun semua mereka awam apabila ingin memberi pendapat dan menentukan keputusan dalam bidang yang bukan bidang pengkhususan mereka

Namun begitu, ada sebahagian jenis ilmu yang majoriti kita layak dan mampu memberi pandangan. Biasanya ia dari jenis ilmu yang tidak bersifat terlalu teknikal dan dari jenis fikiran logik dan pengalaman diri. Seperti ilmu politik, rumahtangga, pendidikan anak, pemasaran, komunikasi dan sebagainya. Kerana itu, walau individu tersebut tidak mempunyai pengajian rasmi dan tersusun dalam bidang tersebut, pengalaman dan penelitian logika yang dilakukan boleh melayakkannya untuk memberi pandangan, penjelasan dan turut serta dalam debat bidang tersebut walau di peringkat advance dan tinggi.

Namun, penelitian dan pembacaan tidak rasmi tidak mampu melayakkan seseorang untuk layak memasuki sempadan perdebatan tahap tinggi apabila ilmu tersebut melibatkan ilmu yang teknikal dan berangkai seperti kejuruteraan, kewangan, fiqh, usul fiqh, aqidah, perubatan dan sebagainya.
Memahami situasi itu, sebagai manusia yang mempunyai kudrat yang terhad, kita amat wajar merenung dan meneliti jauh ke dalam diri, untuk mengenal diri sendiri dan kemampuan ilmu, dari golongan autoriti manakah kita dan bidang apakah yang kita ‘layak' untuk mengkritik dan menjelas dalam sesuatu bidang?

FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI

Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada ‘foundation' yang kukuh.

Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.

"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, ‘back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang ‘orang awam'

" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.
" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.

" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya

" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"

" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?" Duga saya, manalah tahu jika sahabat ini benar-benar wali Allah yang dipenuhi karamah dan luar biasa.

" Mana ada duit emas, duit RM la, baju beli kat JUSCO"

" tadi saudara yakin dan tegas kata duit kertas itu Riba dan haram seratus peratus, jadi sekarang saudara sendiri guna duit kertas . Tidakkah sedar bahawa setiap hari saudara terlibat dengan urusanniaga riba ?

" habis tu , dah tak de duit emas , nak buat macama mana?"

"Tahu pula tidak ada duit emas di pasaran gunaan harian. Habis itu bagaimana Bank Islam ingin guna wang emas jika tiada di pasaran?. Saya nak tanya, saudara pernahkah belajar apa itu Hiyāl Syarʿiyyah, Makhraj syarʿie, Al-Hājah Tunazzal manzilah Al-Ḍarūrah, al-Tadarruj, ʿUmūm al-Balwa, Rukhṣoh, Mā ʾUbīhu Li al-Ḍarūrah yuqaddaru bi qadariha, Fiqh al-Waqiʿ, ʿillah al-thamāniyah dalam matawang, perbincangan Majmaʿ Fiqh Islami berkenaan hukum matawang kertas?" Tanya saya untuk mulakan perbincangan.

"Ḍarurat tu saya tahu, yang lain tu tak berapa pasti pulak, tetapi saya tahu ustaz nak bermadah helah kononnya darurat, ala.. asyik itu aja pointnya" katanya sambil mencebik bibir.

"Saya tak kata ḍarurat, saya hanya tanya konsep-konsep tu pernah didalami atau tidak, dan faham atau tidak kaitannya dengan wang fiat? Para ulama fiqh yang buat keputusan itu telah amat memahami fungsi dan cara cipta matawang kertas hari ini, cuma saya nak pastikan saudara sendiri pula faham tak konsep-konsep fiqh tadi, kerana ia ada kaitan dengan perbincangan fiat money. Kalau saudara tidak mahiri kesemuanya, sukar untuk kita berbincang dengan berkesan, saya susah untuk menerang, saudara juga susah untuk memahami asas-asas dan hujjah ulama fiqh tersebut." Jawab saya.

"Tak pelah ustaz, lain kali, tapi pendirian saya jelas semua bank Islam tu bohong sahaja."

"Terpulang, cuma jangan dilupa satu kesimpulan lagi, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar" saya cuba menerangkan sedikit impak terhadap pendiriannya tadi.

"Satu lagi nak bertanya saudara, kalau semua bank Islam tu bohong dan haram, so pada pandangan saudara berbillion umat Islam di seluruh dnunia hari ini, haram sama sekali untuk menggunakan bank islam jika demikian bolehkah mereka menggunakan bank konvensional?"

" Ya boleh, sebab kedua-duanya sama sahaja, malah bank konvensional lagi kurang beban" katanya mudah.

Inilah jenis biasa orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata.

Itulah fenomena yang berlaku hari ini, pendirian dibuat tanpa ilmu yang mencukupi, ilmu yang tidak ‘up to date' memang membahayakan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Pendirian ‘jahil' sebegitu akhirnya juga menutup peluang umat Islam untuk bermuʿāmalāt secara halal bersandarkan ijtihad ulama berkelayakan.

YAKIN DAN TIDAK YAKIN

Satu contoh kesan ilmu yang dipegang terhadap sesuatu ibadah, adalah jika kita solat menghadap satu arah yang seorang itu sendiri tidak yakin itu adalah arah kiblah yang betul, solat kita akan menjadi TIDAK SAH. Namun, apabila kita menghadap kiblah setelah disarankan oleh seseorang yang boleh diyakini keilmuannya, solat kita adalah sah.

Justeru, sebuah keyakinan yang disimpul dari proses ilmu itu penting untuk menentukan hukum yang khusus ke atas ʿibadah dan muʿamalāt seseorang. Jika seseorang yakin (walaupun dalam kejahilan) bahawa fiat money itu adalah riba dan tidak ada sebarang konsep dalam fiqh yang membenarkannya, tatkala itu hukum ke atas dirinya adalah HARAM.

Bagi seseorang awam yang memhami tahap ‘awamnya' lalu bertaklid kepada pandangan majoriti ulama Fiqh kontemporari yang mengharuskan penggunaan matawang kertas sedia ada, malah diwajibkan zakat atas wang kertas yang dimiliki setelah cukup hawl dan nisabnya. Maka mereka terselamat dari melakukan dosa setiap hari, kerana mereka berpegang kepada fatwa (ijtihad) ulama yang berkelayakan.

Manakala, bagi mereka yang ingin bertaklid atau kononnya ‘analisa' lalu cenderung kepada ulama yang mengharamkan, terpulang kepada mereka, tetapi syaratnya adalah mereka wajib TIDAK MENGGUNAKAN WANG KERTAS, kerana itu bertentangan dengan keyakinannya (yang haram tanpa excuse dan ‘madah berhelah') dan jika dia terlibat juga, bermakna dia SEDANG bergelumang dalam DOSA besar setiap hari.

Itu hanya satu contoh, bagaimana keyakinan seseorang dan hukum dipegang punyai kesan, implikasi dan tanggungjawab ke atas dirinya.

Artikel saya ini tidak berhasrat menjawab contoh kes dan soalan di atas secara terperinci, kerana sebahagiannya telah dijawab manakala sebahagian yang lain memerlukan proses pengajian yang teknikal dan proper untuk pembaca memahaminya. Sama seperti orang awam dalam bidang perubatan, yang ingin memahami fungsi jantung, prosesnya, dan jenis ubatannya, side effect setiap ubat yang diambil, bacaan graph ECG jantung, kaitannya dengan strok dan banyak lagi.

POINT SAYA ADALAH..

Apa yang ingin saya kongsikan adalah, isu berkenaan perbankan dan kewangan Islam dalam rangka kewangan konvensional TIDAK DAN BUKAN satu isu yang boleh dibincang oleh semua. Ramai yang cuba berbincang berdasarkan sedikit pengalaman peribadi ketika membeli kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya. Namun pengalaman sedemikian amat tidak mencukupi untuk melihat big picture and whole story di sebalik fatwa majlis Fiqh. Ia berbeza dengan ilmu tidak bersifat teknikal yang saya sebelum ini. Ilmu berkenaan hal ini adalah bersifat teknikal.

Ia disebabkan kefahaman berkenaannya memerlukan kefahaman beberapa displin ilmu teknikal seperti

Fiqh Muʿamalāt, seluruh bab dalam topik muʿamalāt māliah.

Usūl Fiqh, khususnya perbincangan berkenaan dalālah, cara istinbad dan taʿarudh wa tarjih.

Maqāṣid Al-Sharīʿah, khususnya pertimbangan masalahat dan mudarat dan kaedah penentuannya.

Fungsi bank sebagai intermediary and kebolehlaksanaan fungsi sebagai trader,

Aplikasi sebenar produk perbankan Islam, aliran kontrak dan sebagainya.

Asset and liabilities di bank

Displin penentuan harga aset dalam Islam, apa yang dibenar dan yang tidak dibenar serta hujjah,

Qabaḍh Hukmi dan bentuk di zaman moden serta aplikasinya

Uundang-undang berkaitan (seperti akta bank Islam dan Takaful),

Shariah governance framework,

Konsep-konsep dan pelaksanaan ibraʾ, Wakalah, Muqassah, Tafāhum Jānibi, Muwāṭaʾah, ʿUqud murakkabah, Wa'ad, ʾUjr, Qardh, konsep Ḍhaʿ wa taʿajjal, hiyal yang diizinkan, makhraj syarʿi dan Al-Ghunmu Bi Al-Ghurmi pelbagai lagi.

Konsep beneficial ownership di dalamFiqh Islam.

Cuba saya tanya kepada pembaca sekalian, adakah saudara dan saudari telah ‘masak' dan faham item yang tersenarai di atas. ?

Jika belum, nyatalah orang tersebut adalah ‘orang awam' dalam hal dan isu kewangan dan perbankan Islam. Ikhlas saya nyatakan, mereka yang kabur berkenaan hal di atas belum punyai kelayakan untuk mengkritik secara terbuka seolah punyai kelayakan. Untuk menyampuk perbincangan sang pakar, kita terlebih dahulu mesti menyediakan tapak asas yang kukuh agar bahasa yang sama peringkat boleh digunakan.

Jika tidak, individu tersebut hanya akan membuka pekung di mindanya sahaja. Itulah sifat kebanyakannya, menyebabkan tiada pakar yang ingin menyahut ‘kokokannya' kerana dirasakan, kurang priotity melayan orang yang tidak dapat memahami laras bahasa ilmu yang sama. Kerana hingga ke akhir, dia tetap tidak akan dapat memahami.
Kalau ilmu tidak penting dalam hal ini, Allah tidak akan mengingatkan kita :

قلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

Ertinya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"" Sesungguhnya orang yang beraqallah yang dapat menerima pelajaran" ( Az-Zumar : 9)

‘Orang awam' sudah tentu boleh bertanya dan menyuarakan kekeliruan, tetapi jangan sewenangnya mendabik dada merasa diri dan pandangannya di puncak kebenaran.

Demi Allah, saya tidak mengutarakan istilah-istilah di atas kerana ingin menggerunkan dan mengelirukan pembaca dengan istilah-istilah yang bertujuan melemahkan hujjah sesiapa atau menjatuhkan sesiapa.

Saya hanya ingin kita hormati displin ilmu dan pemiliknya. Itulah proses basic yang saya sendiri perlu lalui dan telah dilalui juga oleh semua ulama fiqh dan perbankan Islam di seluruh dunia. Hanya dengan gabungan kefahaman itu, kita akan sedar mengapa perlu perbankan Islam dan dimana kekuatan dan kelemahannya. Jika ada mengapa kelemahan, mengapa ia berlaku dan adakah ia boleh diubah dengan mudah dan apakah kesannya terhadap hukum, orang ramai dan sebagainya.

ISU WAHABI

Isu jenama dan label Wahabi adalah satu lagi jenis ilmu yang menurut penelitian saya, TIDAK MAMPU difahami secara adil dan betul oleh orang awam. Hatta sebahagian ilmuan Islam yang tidak specialize bidang tersebut juga kurang kemampuan. Sama seperti kesnya di dalam bidang Fiqh Kewangan yang sentiasa ketandusan pakar dari kalangan ulama Fiqh di seluruh dunia.

Namun apabila isu ini dibincangkan secara terpecah-pecah, akhirnya semua menjadi keliru dan timbul pihak awam yang menjadi pengikut serta begitu agresif menghentam di antara satu sama lain.

Manakan tidak, bagi memahami sebenar-benarnya isu wahabi sesat atau tidak, perbincangannya terlalu banyak kaitan dengan pelbagai displin ilmu dan topik yang sukar sekali mampu difahami oleh orang awam, sebagai contoh :

Perlu faham istilah Wahabi asalnya dari mana, siapa menamakannya, apa motifnya.

Perlu punyai kefahamanlatara sejarah Islam di waktu kewujudannya,

Perlu fahami Fiqh Daʿwah dan Fiqh al-Waqiʿ serta perbezaaan cara gerakan dakwah di satu-satu tempat.

Perlu memahami latar belakang pergeseran pengikut mazhab yang telah wujud sejak kurun kedua hijrah yang menyumbang kepada tuduh menuduh, sesat menyesat, kutuk mengutuk.

Perlu mehami isu aqidah yang teknikal seperti sifat Allah, ayāt mutasyābiḥah dan hukum taʾwilannya, perbezaan taʾwil dan tafsir, Taʾwil bi al-Raʾyi dan Bi Al-Maʾthur, Allah bertempat atau tidak, status hadīth Ahād, Zonni al-Dalālah dalam dalil-dalil berkaitan ʿAqīdah,

Perlu memahami apa mazhab empat dan pegangan fiqh mereka agar tidak tersilap menggelar mazhab selain Syafiʿi sebagai Wahabi.

Perlu memahami adakah pandangan marjuh boleh dipakai oleh orang awam yang tiada asas.

Fahami ijtihad mazhab Syafiʿi dalam cabang Fiqh dan keharusan orang awam berpegang dengannya walau dilihat lemah oleh ulama muhaqiqin (penganalisa) moden.

Fahami pembahagian status orang awam kepada Muttabiʿ, Muḥāfiz, Muqallid, ʿAwwām (Mazhab al-Mufti) dan Jāhil. Agar kita tidak memberatkan mereka dengan perkara yang diluar kemampuan, mengajar mereka perkara yang boleh menambah keserabutan.

Itulah serba sedikit cabang ilmu yang mesti dikuasi oleh sesiapa sahaja yang ingin mencampuri perdebatan dan perbincangan berkenaan wahabi, Ahli sunnah wal Jamaʿah dan yang berkait dengannya.

Selagi orang awam itu zero ilmunya atau hampir zero berkenaan hal tersebut, selagi itulah perbincangan dan perdebatan itu hanya lebih menjurus kepada mudarat kepada orang awam berbanding manfaat.

Biarlah isu ini dibincang secara tertutup oleh para ilmuan yang berkelayakan demi menambahkan kemampuan ijtihad mereka, di samping bagi melahirkan pandangan terkuat dan meningkatkan kedalaman ilmu.

Namun bagi orang awam, janganlah lagi dilemparkan isu ini kepada mereka. Nanti ibarat si buta yang tidak pernah mengenal beza harimau dan kucing. Lalu apabila dilempar kepadanya seekor harimau, lalu dipeluknya atas sangkaan ianya kucing. Akhirnya lemparan itu hanya memudaratkannya.

Manakan tidak, akibat tidak faham letak duduk isu ini dengan baik, ada orang awam yang memulakan aktiviti perang mulut, tulisan. Gelaran kafir mengkafir kerap menjadi destinasinya, gelaran Wahabi, Ahbash menjadi penyedap jiwa amarah dan bukan lagi hasil hati yang tulus yang inginkan redha Allah.

Akhirnya kedua-duanya menerima mudarat menurut hukum Islam kerana menggelar sesat dan kafir seseorang tanpa hujjah yang putus akan memantulkan ‘sesat' dan ‘kafir' itu kepada diri penuduh.

KESIMPULAN

Cukuplah dua isu besar tadi saya pilih sebagai usaha untuk mengajak masayarakat kita lebih bertanggungjawab terhadap ilmu dan ilmuan. Kita bimbang, apabila semua orang ingin bercakap dalam semua perkara, kelak nanti yang sesat dan tersesat dilihat benar, yang benar dianggap salah dan dosa. Tatkala itu, lahirlah manusia yang mengajak kepada kamungkaran dan melarang dari kebaikan.



الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوف

Ertinya : Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf.. (At-Tawbah : 67)

Akhirnya mereka jatuh dalam ciri kumpulan Munafiq sama ada secara sedar atau tidak sedar. Naʿūdhubillah.

Tidaklah artikel saya ini ingin merakamkan ekslusiviti sesuatu perbincangan ilmu terhadap sesuatu kumpulan, cuma saya ingin menegaskan, hak perbincangan dan perdebatan adalah sememangnya ekslusif bagi ahlinya, yang bukan ahli, kamu boleh membaca dan berfikir namun, pendirian yang terbaik hanya mampu seseorang itu dapati setelah kamu sendiri mampu memahami setiap bait, teknikaliti dan perkataan yang digunakan oleh ilmuan yang berhujjah. Kefahaman itu tidak akan menjelma kecuali dengan usaha keras memahami selok belok ilmu berkaitan terlebih dahulu.

Bagi orang awam, mereka sangat-sangat digalakkan bertanya dan bukan tanpa adab mengkritik keputusan para ilmuan sedang ilmu di dada terlalu gersang. Namun bantahan, ayat dan perkataan yang digunakan ketika mengkritik ibarat diri seorang mujtahid ulung. Hakikatnya, diri itu hanyalah seorang yang jahil tetapi merasa berilmu.

Ingatlah, Allah sama sekali tidak membeban semua Muslim untuk mampu memehami semua isu berkait dengan agama dengan sempurna, kerana itu wujudnya arahan Allah :-



فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Tanyalah kepada yang berilmu dan mengethaui apabila kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 43)

Dalam ayat ini jelas, Allah mengarahkan paling minima kepada tiga perkara iaitu :

· ketahuilah had ilmu kita,

· kenali ahli dan pakar dalam bidangnya

· tanyalah kepada yang pakar terbabit apabila ingin menetapkan pendirian.

Namun, tidak dinafikan, dari kalangan ilmuan itu, ada yang dari spesis yang suka bertelagah, bergaduh, debat dan hina, kutuk, kondem dan sebagainya, lalu kita semua WAJIB bijak dalam memilih pakar (ilmuan atau ulama) yang munsif lagi tawāḍuʿ. Pilihlah yang menyatukan dan bukan memecahkan, yang membina dan bukan meruntuh.

Sedarilah bukan semua yang berilmu itu soleh dan baik di sisi Allah. Minda dan jiwa berilmu tidak semestinya diamalkan, yang diamalkan tidak semestinya ikhlas dan meresap dalam hati hingga mampu melahirkan insan berilmu lagi soleh. Berusahalah kita semua...agar menemuinya sebelum ajal menemui kita.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

SAYA TIDAK MAMPU SEKARANG

" Saya tidak mampu sekarang. Saya susah nak bayar semua bayaran bulanan saya"


Sekiranya anda tidak mampu membuat bayaran semasa anda sihat dan bekerja sekarang, adakah anda mampu membayarnya bila anda sakit dan tidak mempunyai pendapatan nanti.

Renung lah dan fikirlah.......

Saya muda lagi...... saya masih sihat lagi.........
Risiko tidak mengenal usia.......







untuk makumat lanjut sila hubungi
h/p: 019-520 0047




Sangka Baik Elakkan Tohmahan



Perhubungan sesama muslim dibina atas asas persaudaraan Islam menerusi ikatan syahadah Lailahaillallah. Persaudaraan islam ini pula membentuk rasa kasih sesama muslim. Rasa kasih pula membawa kepada perasaan bersangka baik kepada setiap muslim dan seterusnya mempertahankan maruah saudara seIslam sekiranya dicemari dengan tohmahan dan sangkaan jahat.

Allah berfirman

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Imam Ibn Kathir dalam karya beliau Tafsir al-Qur’an al-`Azim mentafsirkan ayat di atas dengan katanya: “Allah Taala berfirman menegah hamba-hambanya yang beriman daripada banyak bersangka-sangka iaitu membuat tohmahan dan tuduhan terhadap ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai bukan pada tempatnya kerana sebahagian sangkaan itu merupakan dosa semata-mata. Justeru, hendaklah kebanyakan sangkaan itu dijauhi untuk berwaspada dan berhati-hati. Amir Mukminin Sayyidina `Umar berkata: “janganlah kamu membuat sangkaan terhadap satu ungkapan yang keluar daripada saudara kamu yang Islam melainkan sangkaan kebaikan di kala mana kamu mendapati ungkapan tersebut masih ada ruang untuk ditafsirkan sebagai kebaikan.”

(Lihat: Tafsir Ibn Kathir, Juz 7, hlmn 377)

Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Abu Hurairah:

“إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث، ولا تجسسوا ولا تحسسوا، ولا تنافسوا، ولا تحاسدوا، ولا تباغضوا، ولا تدابرواء وكونوا عباد الله إخوانا".

Maksudnya: “Berwaspadalah kamu dengan sangkaan kerana sangkaan itu merupakan sedusta-dusta percakapan. Janganlah kamu mengintip-ngintip, mencari-cari kesalahan, janganlah kamu berlumba-lumba, janagan dengki mendengki, jangan benci membenci, jangan saling berpaling belakang dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lindungi diri anda dari kos rawatan perubatan yang tinggi dengan kad Perubatan Smart Medic 100


FAEDAH PERUBATAN KOMPREHENSIF


  • Tiada ko-Takaful (100% caj ditanggung sepenuhnya.

  • Tiada jadual pembedahan terbatas.

  • Had seumur hidup yang tinggi ( sehingga RM 600,000.00 )

  • Pembaharuan dijamin ( sehingga usia 80 tahun )

  • Manfaat harian bilik hospital dari RM 150.00 - RM 450.00

  • Manfaat Khairat Kematian RM 5000.00

  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia

  • Diperakui di 78 buah hospital swasta di seluruh Malaysia
*Mengikut syarat & terma.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;019-520 0047 (Ahmad Zaki)
                                                      : kiebah@yahoo.com







Kehidupan...

Kematian Pasti Datang.... Apakah Persediaan.....

Jangan sampai jadi begini.... Insaflah .......fikirkanlah...

RENUNGKANLAH......

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

· Adakah anda mengetahui bahawa kehidupan kita kini amat terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya?
· Adakah anda mengetahui bahawa kehidupan kita kini sering terdedah kepada pelbagai risiko seperti kemalangan, lumpuh, hilang upaya dan sebagainya?
· Adakah anda telah menyediakan ‘income protection’ sekiranya anda tidak mampu untuk mencari rezeki untuk keluarga anda lagi?
· Pernakah anda melihat jadual di bawah?
Kos rawatan penyakit yang berkaitan dengan jantung
· Adakah anda terfikir tentang jumlah wang yang perlu disediakan untuk menampung kos perubatan tersebut?
· Adakah anda mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung kos rawatan sekiranya ia berlaku pada hari ini????
· Ini hanyalah sedikit dari penyakit yang ada pada diri manusia. Bagaimana pula dengan penyakit yang lain seperti kanser, SLE, CIS dan sebagainya.
· Seorang artis terkenal memerlukan RM 90,000.00 untuk merawat kanser yang dihidapinya. Tetapi artis tersebut berjaya mengumpul wang tersebut hasil derma dari orang ramai. Ini kerana dia seorang artis yang terkenal. Adakah kita seorang artis, selebriti atau orang yang terkenal?
· Adakah anda pernah terbaca di akhbar mengenai golongan yang meminta derma bagi membiayai kos rawatan perubatan yang tinggi?
· Adakah anda pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan tersebut?
· Adakah anda juga ingin menggunakan medium yang sama untuk membiayai kos rawatan anda?
· Adakah anda menyayangi keluarga anda?
· Anda renungkanlah setiap perkara yang kami timbulkan. Nilaikan dengan diri anda dengan seikhlas hati. Hanya anda yang tahu jawapannya.
· Sekiranya ingin bantuan dan membuat perbincangan, hubungi:

Ahmad Zaki bin Bharudin
Perunding Kewangan
MAA Takaful Berhad
019-520 0047
kiebah@yahoo,com


Di MAA Takaful kami menyediakan pelbagai pelan seperti
· Kad Perubatan
· Pelan Persaraan
· Pelan Perlindungan Wanita
· Pelan Menunaikan Haji
· Pelan Pendidikan
· Pelan Kesihatan
. Pelan Perlindungan Pendapatan
. Pelan Perlindungan Modal


“BIAR KAMI BANTU ANDA”

Jati Diri muslim

Pemerhatian terhadap realiti umat islam hari ini menunjukkan tahap jati diri yang sangat lemah, rapuh dan mudah tergugat oleh cabaran pemikiran dan budaya persekitaran.

Kebanyakan umat islam tidak lagi menilai sesuatu perkara berdasarkan prinsip dan metodologi ilmu agama yang mantap, tetapi berdasarkan keinginan nafsu semata-mata atau bardasarkan taqlid buta terhadap amalan tradisi yang telah membudaya.

Akhirnya jati diri hilang dan timbul gejala al-wahn yang mendorong mereka untuk mengorbankan prinsip dan ajaran agama dengan sewenang-wenangnya.
catatan kiebah...
ISLAM SEMPURNA TANPA CAMPUR ADUK KHURAFAT, SYIRIK

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


Muslim wajib tuntut ilmu bersumberkan al-Quran, hadis elak bertentangan syariah

ISLAM adalah al-Din yang diredai Allah dan suatu cara atau panduan hidup lengkap mengatur kehidupan manusia sejagat. Sejajar ciri kesempurnaan dan kesyumulan yang menghiasi Islam, maka tidak perlu penambahan atau pengurangan dalam ajaran Islam kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia.

Umat manusia sewajarnya menerima Islam sebagai teras yang mendasari ruang lingkup kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi, hanya Islam sajalah yang menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia sejagat.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” – (Surah Ali-Imran, ayat 85)

Serentak itu, umat Islam sewajibnya memelihara kesucian Islam daripada dinodai sebarang ajaran sesat mahupun khurafat atau bidaah yang akan mencacatkan kesempurnaan Islam yang suci. Justeru, umat Islam bertanggungjawab memelihara kesucian Islam daripada dicemari anasir bertentangan dengan syarak.

Islam itu tertegak atas tiga tonggak utama iaitu Rukun Iman, Rukun Islam dan ihsan. Ketiga-tiga tonggak inilah yang menghiasi sahsiah Mukmin dan Muslim sejati yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Sebarang penambahan atau pengurangan daripada ajaran Islam adalah suatu perkara yang dilarang Allah. Perlu ditegaskan bahawa antara punca kesesatan dan kebinasaan sesuatu kaum atau bangsa adalah kerana menokok tambah atau mengubah ajaran agama yang diutuskan Allah kepada umat manusia.

Sebagai renungan, Allah merakamkan kisah kesesatan kaum Yahudi dalam firman-Nya yang bermaksud:

“ Di antara orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): Kami mendengar, (sedang mereka berkata dalam hati): Kami tidak akan menurut. (Mereka juga berkata): Tolonglah dengar, tuan tidak diper-dengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan): Berilah layanan kepada kami; (Tujuan kata-kata mereka itu) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan jika mereka berkata: Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit saja (di antara mereka).” (Surah al-Nisa', ayat 46).

Maksud ayat itu menjelaskan laknat Allah menimpa kaum Yahudi akibat perbuatan mereka menambah dan mengubah ajaran agama yang diutuskan Allah kepada mereka melalui pesuruh-Nya. Natijahnya, mereka berada dalam kesesatan yang nyata dan pastinya jauh daripada rahmat Allah. Tafsir Pimpinan Al-Rahman ada dijelaskan bahawa orang yang sesat itu adalah orang yang tidak berpengetahuan agama betul kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Jadi, untuk mengenal pasti sama ada sesuatu ajaran dan amalan dilakukan itu selari atau bercanggah dengan Islam adalah merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, sumber ajaran Islam sebenarnya. Oleh itu, apabila umat Islam tidak berpegang teguh dengan kedua-dua sumber berkenaan, maka tidak hairanlah ajaran sesat itu mula mengakari dan menjalari dalam setiap sendi masyarakat Islam kini.

Meninjau senario umat Islam kini, masih ada banyak ajaran sesat dan khurafat serta bidaah yang sukar hendak dipisahkan daripada hidup mereka. Amalan seumpama memuja dan memohon sesuatu selain daripada Allah seperti keramat di kuburan, percaya kepada batu keramat yang boleh membawa manfaat dan mudarat, menilik nasib, amalan kebal, percaya pada semangat dan sebagainya masih lagi menebal dalam adat dan budaya hidup umat Islam.

Padahal, amalan seumpama itu boleh merosakkan iman seseorang dan membawa kepada kesesatan serta kekufuran. Keadaan itu berlaku apabila kejahilan terhadap ajaran Islam sebenarnya masih lagi menunjangi ruang lingkup kehidupan umat Islam. Mereka jahil mengenai konsep iman dan Islam yang menuntut ketundukan serta kepatuhan tulus semata-mata kepada Allah. Begitu juga mereka tidak arif mengenai batas iman dan Islam yang menghampirkan mereka ke sempadan kesesatan hingga tidak menyedari bahawa amalan khurafat dan ajaran sesat itu bertentangan dengan Islam.

Sebenarnya, Islam diutuskan Allah melalui pesuruh-Nya, Rasulullah SAW membawa mesej rahmah untuk sekalian alam. Selain itu, ajaran Islam cukup mudah dan senang difahami serta seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Lebih istimewa, Islam sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Maka, dengan keistimewaan dan keunikan Islam, tidak wajar ajaran Islam yang sempurna lagi lengkap ini diselewengkan dan disalahgunakan pihak tidak bertanggung jawab.

Sehubungan itu, Allah menegaskan dalam al-Quran akan nasib orang yang beriman kepada-Nya dan akibat buruk orang yang kufur kepada-Nya melalui firman yang bermaksud:

"Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."(Surah al-A'raf, ayat 96)

Justeru, setiap Muslim diwajibkan supaya menimba ilmu Islam daripada sumbernya tulen iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Dalam hal ini, terserlah peranan ulama sebagai pewaris para Nabi dalam menyebarkan ilmu Islam di kalangan masyarakat Islam.

Pada masa sama, pihak kerajaan sewajarnya berganding bahu bersama ulama menguatkuasakan undang-undang Islam bagi membanteras gejala ajaran sesat dan amalan khurafat. Dengan adanya permuafakatan yang padu antara umara dan ulama, barulah usaha memartabatkan Islam berjaya.

Sumber: Berita Harian

DAKWAH DI KALANGAN MASYARAKAT CINA




Oleh

Ann Wan Seng
Setiausaha Kehormat MACMA


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

1. PENGENALAN

Masyarakat Cina membentuk lebih kurang 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Mereka bukan sahaja menguasai bidang ekonomi tetapi juga memainkan pernan yang penting di dalam politik dan pemerintahan negara. Kebanyakan daripada orang Cina tinggal di kawasan bandar dan membentuk komunitinya yang tersendiri sehingga terbentuk penempatan yang dikenali sebagai ?China Town? dan ?kampung baru?. Kedudukannya ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mampu membentuk jaringan perniagaannya sendiri. Namun begitu, masyarakat Cina bukan merupakan satu masyarakat yang tertutup. Kalau dibandingkan dengan masyarakat yang lain, orang Cina adalah bersikap fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan menerima perubahan yang berlaku. Sebab itulah, orang Cina boleh tinggal di mana-mana kerana keupayaannya mengadaptasikan dirinya dengan keadaan persekitarannya. Ini memberikan kita suatu petunjuk betapa orang Cina memiliki kesedaran politik dan sosial yang tinggi. Cuma dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan budaya dan bahasa mereka agak bersikap defensif.

2. SENARIO DAKWAH DI KALANGAN ORANG CINA

Orang Cina merupakan golongan yang paling ramai memeluk Islam di Malaysia berbanding dengan kelompok etnik yang lain. Kenyataan ini berdasarkan kepada jumlah pengIslaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKIM, MACMA dan Persatuan Darul Fitrah. Kuantiti orang Cina yang memeluk Islam didapati semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Begitu juga daripada segi kualiti orang Cina yang memeluk Islam juga menunjukkan suatu tendensi yang amat positif. Kalau dahulu, orang Cina yang memeluk Islam terdiri daripada golongan kelas bawahan tetapi kini ramai yang datang daripada lapangan pekerjaan profesional dan menduduki strata sosial kelas pertengahan.

Walaupun faktor perkahwinan masih menjadi alasan utama seseorang memeluk Islam tetapi kefahaman dan penyebaran meluas informasi mengenai Islam menjadi di antara faktor yang turut mendorong orang Cina memilih Islam sebagai agama anutannya. Usaha-usaha terancang yang dilakukan oleh pihak barat untuk memburuk-burukkan Islam tidak memberikan banyak kesan terhadap proses dakwah di kalangan orang Cina. Sebaliknya ia menjadi satu rangsangan untuk mereka mendapatkan maklumat mengenai Islam daripada pelbagai sumber yang lebih berautoriti.

Orang Cina merupakan golongan masyarakat yang kritikal. Mereka sering membuat penilaian dan perbandingan sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, usaha-usaha untuk membetulkan persepsi masyarakat Cina harus dilakukan secara konsisten bagi menyakinkan mereka bahawa Islam tidak pernah cuba menghakis hak dan menghilangkan identiti mereka. Agama Islam adalah milik setiap manusia dan ia tidak terbatas kepada orang-orang Melayu dan Arab sahaja. Untuk menarik orang Cina kepada Islam memerlukan kesungguhan politik di samping gerak kerja dakwah yang tersusun dan menepati kehendak sasarannya.

Bagi merancakkansenario pengIslaman dan kegiatan dakwah di kalangan orang Cina, halangan bahasa dan budaya harus diatasi dengan umat Islam berusaha memahami dan mengenali kelompok etnik itu dengan lebih dekat. Apa yang lebih penting lagi umat Islam harus berusaha melihat daripada perpestif orang Cina supaya usaha dakwah yang dijalankan dapat disesuaikan denagn selera mereka tanpa mengorbankan prinsip asas yang terhapat dalam ajaran Islam.

3. CABARAN DAKWAH KEPADA ORANG CINA

Orang Cina sentiasa menganggap kebudayaannya lebih tinggi daripada kebudayaan bangsa yang lain. Justeru itu, tidak mudah untuk mereka menerima budaya masyarakat lain. Dalam hal ini, umat Islam perlu memajukan diri dan menunjukkan kemampuan yang tinggi di dalam kehidupan untuk menyakinkan orang perlu majudaripada segi ekonomi, pendidikan, sosial dan politik untuk menarik perhatian dan minat orang Cina kepada Islam. Dalam konteks di Malaysia, orang Melayu menjadi rujukan kepada agama Islam. Sekiranya orang Melayu sendiri tidak yakin dan tidak beramal dengan Islam, bagaimana kita hendak mengharapkan orang Cina untuk menerima. Orang Melayu seharusnya berada di saf yang paling hadapan dengan membawa pendekatan dakwah yang progresif. Mereka perlu menghapuskan prasangka berdasarkan ras dan etnik sebagai satu saluran untuk merapatkan jurang dengan orang Cina.

Usaha dakwah kepada orang Cina tidak mungkin akan berkesan kalau politik perkauman dan sentimen chauvanistik terus menjadi ideologi dan matlamat perjuangan. Islam harus disampaikan secara global dengan mengambil kira nilai-nilai yang wujud dalam masyarakat lain. Islam tidak pernah mengenakan sekatan yang keterlaluan sehingga menyebabkan orang merasa sukar untuk mendekatkan diri dengan para penganutnya. Umat Islam termasuk juga orang Melayu harus merapatkan diri mereka dengan orang Cina sama ada dalam bentuk yang formal atau tidak. Umat Islam harus bersikap terbuka kalau mereka hendak orang lain bersikap terbuka terhadap Islam. Sikap terbuka dan sederhana tidak sama dengan berfahaman liberal. Kedua-dua konotasi itu harus dibezakan supaya Islam tidak disamakan dengan fahaman-fahaman barat yang lain.

Orang Cina boleh menerima Islam kalau mereka dapat diyakinkan bahawa sosio-budaya, bahasa dan identiti keturunan meeka tidak hilang selepas mereka memeluk Islam. Soal akidah dan kepercayaan harus diletakkan pada kedudukan yang utama berbanding dengan hal yang remeh-temeh yang boleh membantutkan usaha-usaha dakwah seperti persoalan makan guna tangan dan penyepit, fesyen pakaian, bentuk masjid dan sebagainya. Dalam soal akidah, tidak ada kompromi dalam Islam. Tetapi dalam soal yang berkaitan dengan cara hidup wujud toleransi dalam Islam selagi mana ia tidak menjurus kepada keburukan, kejahatan, kemungkaran dan perkara-perkara yang negatif. Perasaan saling hormat menghormati perlu ada bagi memasti siratulrahim dan hubungan mesra antara kaum dapat diwujudkan. Ia menjadi kunci dan asas bagi merentasi segala cabaran yang merintangi perjalanan untuk menyampai dakwah kepada orang Cina khususnya dan masyarakat non muslim secara umumnya.

4.KESIMPULAN

Perbezaan bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya bukan merupakan halangan berdakwah kepada orang Cina. Masalah yang paling besar ialah sikap umat Islam yang tidak lagi mahu berdakwah dan tidak memahami apa perlunya berdakwah. Kejayaan dakwah kepada orang Cina akan membuahkan banyak hasil yang positif kepada umat Islam. Selain ia dapat meramaikan umat Islam, dengan kemasukan orang Cina ke dalam Islam ia dapat memperkuatkan kedudukan ekonomi orang Islam yang nampaknya masih jauh ketinggalan. Kekuatan ekonomi, semangat ukhwah dan persaudaraan Islam sejati akan membentuk satu kuasa yang maha hebat bagi memastikan proses perkembangan Islam terus mendapat momentumnya untuk menjadi alternatif dan solusi kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sejagat tidak kira di mana sahaja mereka berada.

PERSAMAAN AKIDAH SYIAH DAN YAHUDI

Persamaan Akidah Syiah dan Yahudi 

Antara kesamaan aqidah Syi’ah dan Yahudi yang kotor boleh dilihat pada fakta-fakta berikut:

Yahudi telah mengubah-ubah Taurat, begitu pula Syi’ah mereka punya Al-Qur’an hasil kerajinan tangan mereka iaitu “Mushaf Fathimah” yang tebalnya 3 kali Al-Qur’an kaum Muslimin.Mereka menganggap ayat Al-Qur’an yang diturunkan berjumlah 17.000 ayat, dan menuduh Sahabat menghapus sepuluh ribu lebih ayat .


Yahudi menuduh Maryam yang suci berzina [QS. Maryam : 28], Syi’ah melakukan hal yang sama terhadap isteri Rasulullah ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha sebagaimana yang diungkapkan Al-Qummi (pembesar Syi’ah) dalam “Tafsir Al-Qummi (II 34)” .
Yahudi mengatakan, “kami tidak akan disentuh oleh api neraka melainkan hanya beberapa hari saja”. [QS. Al-Baqarah : 80] Syi’ah lebih dahsyat lagi dengan mengatakan, “Api neraka telah diharamkan membakar setiap orang Syi’ah” sebagaimana tercantum dalam kitab mereka yang dianggap suci “Fashl Kitab (hal.157)” .
Yahudi meyakini bahwa, Allah mengetahui sesuatu setelah tadinya tidak tahu, begitu juga dengan Syi’ah .
Yahudi beranggapan bahawa ucapan “amin” dalam solat adalah membatalkan solat. Syi’ah juga beranggapan yang sama.
Yahudi berkata, “Allah mewajibkan kita lima puluh solat” Begitu pula dengan Syi’ah.
Yahudi keluar dari solat tanpa salam,cukup dengan mengangkat tangan dan memukulkan pada lutut. Syi’ah juga mengamalkan hal yang sama.
Yahudi miring sedikit dari kiblat, begitu pula dengan Syi’ah.
Yahudi berkata “Tidak layak (tidak sah) kerajaan itu melainkan di tangan keluarga Daud”. Syi’ah berkata,” tidak layak Imamah itu melainkan pada ‘Ali dan keturunanannya” .
Yahudi mengakhirkan Solat hingga bertaburnya bintang-bintang di langit. Syi’ah juga mengakhirkan Solat sebagaimana Yahudi.
Yahudi mengangkat Ahbar (‘ulama) dan Ruhban (para pendeta) mereka sampai tingkat ibadah dan menuhankan.Syi’ah begitu pula, bersifat Ghuluw (melampaui batas) dalam mencintai para Imam mereka dan mengangkat mereka hingga di atas kelas manusia.
Yahudi mengatakan Ilyas dan Finhas bin ‘Azar bin Harun akan kembali setelah mereka berdua meninggal dunia. Syi’ah lebih seru, mereka menyuarakan kembalinya ‘Ali, Al-Hasan, Al-Husain, dan Musa bin Ja’far yang dikhayalkan itu.
Yahudi tidak Solat melainkan sendirian sahaja, Syi’ah juga beranggapan yang sama, ini kerana mereka meyakini bahawa tidak ada Solat berjama’ah sebelum datangnya “Pemimpin ke-dua belas” iaitu Imam Mahdi.
Yahudi tidak melakukan sujud sebelum menundukkan kepalanya berkali-kali, mirip ruku. Syi’ah Rafidhah juga demikian.
Yahudi menghalalkan darah setiap muslim. Demikian pula Syi’ah, mereka menghalalkan darah Ahlussunnah.
Yahudi mengharamkan makan kelinci dan limpa dan jenis ikan yang disebut jariu dan marmahi. Begitu pula orang-orang Syi’ah.
Yahudi tidak menghitung Talak sedikitpun melainkan pada setiap Haid. Begitu pula Syi’ah.
Yahudi dalam syari’at Ya’qub membolehkan nikah dengan dua orang wanita yang bersaudara sekaligus. Syi’ah juga membolehkan penggabungan (dalam akad nikah) antara seorang wanita dengan makciknya.
Yahudi tidak menggali liang lahad untuk jenazah mereka. Syi’ah Rafidhah juga demikian.
Yahudi memasukkan tanah basah bersama-sama jenazah mereka dalam kain kafannya demikian juga Syi’ah Rafidhah.
Yahudi tidak menetapkan adanya jihad hingga Allah mengutus Dajjal. Syi’ah Rafidhah mengatakan,”tidak ada jihad hingga Allah mengutus Imam Mahdi datang.
[kitab Badzl Al-majhud fi Itsbat musyabahah Ar-Rafidhah li Al-Yahud , oleh Abdullah Al-jamili]

Ini adalah setitis air dari luasnya samudera tentang kemiripan mereka dengan Yahudi, kerana sesungguhnya Syi’ah merupakan aqidah campuran dari Yahudi, Nasrani, Parsi (Majusi), Romawi dan Hindu. Mereka mencampurkan unsur-unsur itu bagaikan adonan lalu dituangkan dalam satu cetakan kemudian diletakkan dalam suatu kemasan dan disajikan dengan nama “Syi’ah”.Maka jelaslah sudah, sebagaimana jelasnya mentari yang tak diselimuti awan bahawa “ Syi’ah adalah Yahudi dan Yahudi adalah Syi’ah”.
Kami mengutarakan artikel ini ketika saudara-saudara kami di Palestin bersimbah darah kerana kekejian Yahudi. Berjihad dan bersabarlah Palestin!!! Sesungguhnya kematian di atas Tauhid kerana mesin perang Yahudi balasannya Taman Syurga, sedang kematian kerana Racun Yahudi yang bernama "SYI'AH" balasannya jahannam..
Sumber:
Ebook: buletin al-hujjah
Diterbitkan oleh Majelis Ta’lim "ANSHORUSSUNNAH"

ZAKAT WANG TUNAI (MATA WANG)

Zakat Wang Tunai (Mata Wang)


1- Kekayaan wang yang wajib dikeluarkan zakat ialah kekayaan yang lebih dari keperluan asas manusia.


2- Nisab kekayaan wang tunai dan mata wang kertas adalah ditaksirkan dengan nisab emas iaitu bersamaan dengan 85 gram emas tulin dengan kiraan harga semasa di negeri orang yang mengeluarkan zakat ketika ianya diwajibkan.


3- Wang tunai dan mata wang kertas yang tidak cukup nisab hendaklah dicampurkan dengan kekayaan yang terdapat pada emas dan perak atau selain dari kedua harta tersebut sekiranya ada dan kesemuanya kekayaan tersebut hendaklah dikira dalam bentuk harga mengikut pendapat mazhab Hanafi. Oleh yang demikian kita hendaklah memasukkan atau menghimpunkan kesemua harta kekayaan yang ada kemudian ia dikira, sekiranya mencukupi nisab ia wajib dikeluarkan zakat.


4- Harta yang telah dikeluarkan zakat kemudian ia berubah menjadi bentuk yang lain seperti hasil pertanian, apabila ia dikeluarkan zakat kemudian hasil pertanian tersebut dijual, harga yang diperolehi hasil dari jualan tersebut tidak wajib dikeluarkan zakat semasa mengeluarkan zakat harta lain yang telah cukup haulnya. Ini adalah kerana sekiranya dia mengeluarkan zakat bagi harta tersebut, ini bermakna dia mengeluarkan zakat secara berulang kali di dalam satu haul dan pada harta yang sama. Perbuatan seumpama ini adalah bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada pergandaan dalam sedekah (zakat). Walau bagaimanapun ia hendaklah dikeluarkan zakat pada haul yang berikutnya.


5- Mengenai hutang pula sama ada orang lain berhutang dengan kita atau kita berhutang dengan orang lain, ia hendaklah dimasukkan ke dalam bab hutang, iaitu dikira dan ditolak segala hutang terlebih dahulu kemudian barulah dikeluarkan zakat.

SURAT RASULULLAH PENGUSIR JIN DARI KEDIAMAN

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli berkata ...

Hukum hadith tentang ‘tulisan agung’:

بسم الله الرحمن الرحيم

Hadith tentang pendinding (atau tangkal atau azimat) ‘tulisan agung’ telah dinyatakan oleh beberapa orang ulamak dan dikomen oleh mereka seperti berikut:



1- al-Imam al-Baihaqi dalam ‘Dalail al-Nubuwwah’ no 3050 di bawah tajuk “Jima’ Abwab Kaifiyyah Nuzul al-Wahy ‘ala Rasulillah Sallallahu ‘alaih wa sallam” dan beliau telah berkata:

وقد روي في حرز أبي دجانة حديث طويل ، وهو موضوع لا تحل روايته

Ertinya: ‘Dan telah diriwayatkan berkenaan pendinding Abu Dujanah sebuah hadith yang panjang. Ianya palsu dan tidak halal untuk diriwayatkan.’



2- al-Imam Ibn al-Jauzi dalam “al-Maudhu’at al-Kubra” no 1583 di bawah tajuk “Kitab al-Zikr: Bab Hirz Abi Dujanah” dan beliau telah berkata:

هذا حديث موضوع بلا شك ، وإسناده مقطوع ، وليس في الصحابة من اسمه موسى أصلا ، وأكثر رجاله مجاهيل لا يعرفون

Ertinya: ‘Ini adalah hadith palsu tanpa syak. Sanadnya terputus. Tidak terdapat sama sekali di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa. Kebanyakan para periwayatnya majhul dan tidak dikenali.’



3- al-Imam al-Suyuti dalam “al-Laali al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah” di bawah tajuk “Kitab al-Zikr wa al-Du’a” dan beliau telah berkata:

موضوع ، وإسناده مقطوع ، وأكثر رجاله مجاهيل ، وليس في الصحابة من اسمه موسى أصلا

Ertinya: ‘Palsu dan sanadnya terputus. Kebanyakan para periwayatnya majhul. Tidak terdapat langsung di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa.’



4- al-Imam al-Fatani dalam “Tazkirah al-Maudhu’at” no 1734 di bawah tajuk “Kitab al-‘Ilm: Bab al-Maradh min al-Humma wa al-Ramad wa al-‘Ama wa al-Zukam wa al-Juzam wa Isabah al-‘Ain wa Dawaih” dan beliau telah berkata:موضوع وإسناده مقطوع وأكثر رجاله مجهولون وليس في الصحابة من يسمى بموسى أصلا



Ertinya: ‘Palsu dan sanadnya terputus. Kebanyakan para periwayatnya majhul dan tidak terdapat sama sekali di kalangan para sahabat orang yang bernama Musa.’



5- al-Imam al-Kanani dalam “Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar al-Syani’ah al-Maudhu’ah” no 15 di bawah tajuk “Kitab al-Zikr wa al-Du’a: al-Fasl al-Thani” dan beliau telah membawa kata-kata al-Imam Ibn al-Jauzi dan al-Imam al-Baihaqi yang menghukum riwayat ini sebagai maudhu’.



Sekian dahulu, semoga kita dipelihara Allah Ta’ala daripada menyebar dan mengamalkan hadith yang palsu.



Fadlan Mohd Othman

Jabatan al-Quran dan al-Sunnah

Fakulti Pengajian Islam

U.K.M.

Bangi, Malaysia. 3 Jumadil Awwal 1427H - 31/5/2006.

http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2008/06/hukum-hadith-tentang-tulisan-agung_02.html

MARCH 5, 2010 12:17 AM


كاتب:
محمد سيد محمود

تعويذة ابو دجانه حرز باطل وموضوع
  ساحة العلاج بالقرآن والرقية الشرعية

دعوه للمعالجين للعمل بالكتاب والسنه, ييقوم بعض المعالجين بكتابة تعويذة ابي دجانة , واعطائها للمريض لكي يعلقها في بيته , او يضعها تحت الوساده , او يضعها علي راسه في حالة وجود صداع , او يضعها علي اي مكان في جسده يحدث له الم فيه , وقد اخطات في كتابة هذه التعويذه في كتابي الفتح الرباني لعلاج المس الشيطاني بالقران الكريم , وقد وفقني الله سبحانه وتعالي قي البحث في صحة هذا الحديث فوجدته حديث باطل وموضوع , ومن هنا انصح اخواني المعالجين بعدم العمل به وعدم اعطائه لاي مريض والله الهادي الي كل خير , والان سوف نعرض ادلة بطلانه لكي ينتهي كل منا الي الحق والثواب والله من وراء القصد , اخرج البيهقي في دلائل النبوة بسند الي ابي خالد بن ابي دجانة فقال سمعت ابي دجانة يقول , شكوت الي رسول الله صلي الله وعليه وسلام , قلت يا رسول الله , بينما انا مضطجع في فراشي اذ سمعت في داري صرير كصرير الرحي , ودويا كدوي النحل , ولمعا كلمع البرق , فرفعت راسي فزعا مرعوبا فاذا انا بظل اسود مدلي يغلو ويطول في صحن داري فاهويت اليه فمسست جلده فاذا جلده كجلد القنفذ فرمي في وجهي مثل شرر النار فظننت انه قد احرقني فقال رسول الله صلي الله وعليه وسلام , عامر دار سوء يا ابا دجانة , ثم قال ائتوني بدواه وقرطاس , الي هنا عزيزي القاريء لنا وقفه للتوضيح لكي نثبت لديك الحجه علي بطلانه و ان الرسول صلي الله وعليه وسلام بعدما سمع قصة هذا العامر قال عامر دار سوء يا ابي دجانة , ثم قال ائتوني بدواه وقرطاس وهذا الكلام كذب صريح فلم يكن من عاته صلي الله وعليه وسلام ان يكتب تمائم وتعاويذ ويعلقها في البيوت او في رقاب الاطفال وقد نهي عن ذالك اشد النهي , في قوله صلي الله وعليه وسلام , من تعلق بتميمه فقد اشرك , ولم يكن يتعوذ الا بما امر الله سبحانه وتعالي ان يتعوز به وهما المعوزتين وهذا دليل علي ان الرسول لم يكتب مثل هذا , فماذا كتب كما يزعم واضع هذا الحديث , فاتي بهما فناوله علي بن ابي طالب وقال , اكتب بسم الله الرحمن الرحيم هذا كتاب من محمد رسول رب العالمين الي من طرق الدار من العمار والزوار والصالحين الا طارق يطرق بخير يا رحمن , وهنا ايضا لنا وقفه تشهد انه يكتب الي العمار والزوار والصالحين ثم بعد ذالك وجدناه يقول الا طارق يطرق بخير يا رحمن وهذا الكلام يدل علي الكذب الصريح اذ لا وجه هنا لقوله يا رحمن وهو يخاطب من في الدار من العمار والزوار والصالحين , اما بعد فان لنا ولكم الحق سعه و فان تك عاشقا مولعا , او فاجر مقتحما , او داعيا حقا مبطلا , هذا كتاب الله ينطق علينا وعليكم بالحق انا كنا نستنسخ ما كنتم تعملون ورسلنا يكتبون ما كنتم تمكرون و وهنا ايضا لنا تعليق , يقول ورسلنا يكتبون ما كنتم تمكرون , رسل من رسل الله تبارك وتعالي ام رسل محمد صلي الله وعليه وسلام , وهل الرسول لديه رسل يبعثهم الي شياطين الجن لكي يحصوا كل ما يفعلون من مكر وخداع واغواء واغراء للبشر ويقول الواضع , ان كنا نستنسخ ما كنتم تعملون ورسلنا يكتبون ما تمكرون , اي جرم وفحش وكذب يرتكبه الواضعون لمثل هذه الاحاديث , اتركوا صاحب كتابي هذا وانطلقوا الي عبدة الاصنام والي من يزعم ان مع الله الها اخر لا اله الا هو , وهنا لنا تعليق لو كان هذا الكلام صحيحا لما كابد الرسول صلي الله وعليه وسلام المتاعب والمشاق والالام من عباد الاوثان من العرب فما كان عليه الا ان يرسل اليهم الشياطين وهو جالس في بيته هذا نوع من التسخير ولو كان هذا الكلام صحيحا ايضا لكان فيه اجازه بتسخير الجان والله اعلم , كل شيئ هالك الا وجهه له الحكم واليه ترجعون تقلبون , حم لا تنصرون , حم عسق , تفرق اعداء الله وبلغت حجة الله ولا حول ولا قوة الا بالله , فسيكقيكهم الله وهو السميع العليم , قلت وهذا الكلام لا نراه في كتب الصوفيه وحاشا ان يكون من كلام خير البريه , قال ابو دجانة , فحملته الي داري , وجعلته تحت راسي وبت ليلتي فما انتهيت الا من صراخ صارخ يقول , يا ابا دجانة احرقتنا واللات والعزه الكلمات فبحق صاحبه لما رفعت عنا هذا الكتاب فلاى عود لنا في دارك ولا في جوارك فغدوت فصليت الصبح مع رسول الله صلي الله وعليه وسلام واخبرته بما سمعت من الجن فقال يا ابا دجانة ارفع عن القوم فوالذي بعثي بالحق انهم ليجدون الم العذاب الي يوم القيامة , وهنا لنا تعليق اخير ومن هنا فات الواضع لهذا الحديث ان يدلنا لو عرض لاحدنا مثل ما عرض لابي دجانة ماذا نصنع , هل يكتب مثل هذا الكلام ام ان هذا خاصة بابي دجانة واذا كتب فماذا يكتب من قلان بن فلان ام من محمد رسول رب العالمين فماذا قال العلماء عن حرز المزعوم , قال البيهقي , وقد روي في حرز ابي دجانة حديث طويل وهو موضوع لا تحل روايته , انظر دلائل النبوة, 7, 118 , 120 , وقد ذكره السيوطي في كتابه اللاليء المصنوعة من الاحاديث الموضوعه 2, 347 , 348 , وقال هذا الحديث موضوع , واسناده مقطوع و اكثر رجاله مجاهيل وليس في الصحابة من اسمه موسي اصلا وقال الحافظ الذهبي في سير اعلام النبلاء , 1 , 245, ما نصه , وحرز ابي دجانة لم يصح ما ادري من وضعه , وقل ابن كثير في البداية والنهاية , 6 و 28 , ما نصه اما ما يروي من ذكر الحرز المنسوب الي ابي دجانة فضعيف ولا يلتفت اليه , هذا بعض اراء العلماء في الحرز المزعوم , عزيزي المعالج ان كنت ترجو الخير للمريض فافعل ما فعل الرسول الا مين وهو قراءة الذكر الحكيم والاذكار الوارده عنه ولا تلتفت لمثل هذا الكلام وفقنا الله جميعا علي عمل الخيرات وترك المنكرات وشكرا اخوكم محمد سيد محمود الي لقاء ان شاء الله مع نقض اخر

PROMOSI MAKSIAT & BUKA AIB SENDIRI

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman







Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

• ketika sedang minum arak,

• hadiri parti penuh maksiat,

• hadiri majlis dosa,

• sedang berpelukan lelaki wanita

• atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)

• dan sebagainya,

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian

KEAJAIBAN KAYU KOKKA


Keajaiban Kayu Kokka

Kokka yang ajaib
“Adik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka?”
“Ustaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak?”
“Aku dah beli dah, berkilat engkau…wangi lagi.”
Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram pada musim haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari jauh dengan membawa panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut terpukau dengan karut marut serta khurafat yang datang bersama kayu Kokka. Tajuk Berkaitan Kokka: UZAR: http://www.zaharuddin.net/content/view/514/91/.
Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?
Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!!
Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan, untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak.
Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka dari bergantung serta bermohon kepada Allah.
Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat) daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata, “Mataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika aku tinggalkannya sakitku menyeksa.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Yang sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmu”. [lihat Sunan Ibn Majah (no.3530].
Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja.
Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada Kokka?
Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka.
Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh, siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya? Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan sebagai sumber arkeologi.
Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat (www.keyway.com)]
Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, “Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj” [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]
Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?!
Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang kayu Kokka? Mustahil!!
Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut (dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal…) Ujarnya: “Kalaulah Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!”
Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya keajaiban Kokka.
Mensyukuri nikmat Iman
Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat.
Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu yang legam pada malam yang amat kelam.
Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik. Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang mampu menjadi benteng pemelihara iman.
Syirik dalam ‘Kokka’
Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah.
Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,” telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain dari Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
”(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab ‘Allah’, maka katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)” [Yunus: 31]

Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di jauhi.
Firman Allah yang bermaksud:
”(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]

Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah yang khas baginya.
Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!”
Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.
Di manakah syiriknya?
Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah Rasulullah SAW.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu [dengan tujuan berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka pergantungannya adalah pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]
Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya: (Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/154)]
Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai terhadap benda-benda ini.
Peringkat pertama.
Sekiranya dia beri’tiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang langsung tidak mampu memberi manfaat padanya maupun menolak sebarang bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah menafikannya dari awal lagi.
Peringkat kedua.
Sekiranya dia beri’tiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini sebagai sebab atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-, sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid (m.s 104)]
Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan senapang. Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata, “Bawalah senapang ini. Musuh akan takut.” Kata-katanya diterima akal. Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut, “Jika anda membawa tasbih ini musuh akan takut,” orang yang berkata tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana sebabnya tidak zahir.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah ini?) Lelaki itu menjawab, “Penangkal Wahinah” [sejenis penyakit pada lengan] Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]
Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh membawa kepada syirik yang besar.
Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid’ah dan kita dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di tanah air.
Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife’ bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife’, engkau mungkin akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada haiwannya [untuk mengelak 'ain] atau beristinja’ dengan tahi binatang sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/108-109)]
Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif. Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi .[lihat Fath Majid (m.s 152)]
Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid’ah yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja.
Menurut ulama, tiada suatu bid’ahpun yang dilakukan melainkan suatu sunnah (yang bertujuan seumpama bid’ah tadi) telah dimatikan.
Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari? Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW Hasan dan Husin dari terkena ‘ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan akibat bid’ah Kokka!
Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal) untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan sihir amatlah tidak dapat diterima.
Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua, moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.
Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam.
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini. (Musim Haji Tahun 1426H)